Auladi Q&A

Jika Saya Mengalami Masalah Di Dalam Menjual Produk Auladi Adakah Pihak Auladi Akan Memberi Bimbingan?

In shaa Allah, memang sudah menjadi asas pengsyarikatan Auladi untuk membantu peniaga-peniaga terutama bumiputra untuk mendapat manfaat dari segala aspek produk, pembangunan perniagaan, marketing dan jualan.

Bolehkah Saya Menjual Produk Dengan Harga Yang Saya Mahukan?

Tidak boleh, kerana Auladi telah menetapkan garis panduan harga agar pelanggan tidak keliru dan jika didapati ada stokis melanggar garis panduan harga, stokis berkenaan akan disenarai hitamkan oleh Auladi.

Berapa Lamakah Tempoh Masa Bagi Proses Pemulangan Produk?

Tempoh masa proses pemulangan produk adalah dalam masa 14 hari bergantung kepada permasalah yang berlaku.

Siapakah Yang Akan Menanggung Kos Penghantaran Bagi Pemulangan Produk?

Pihak Auladi akan menanggung segala kos penghantaran.

Contoh Kes Jika Mahu Pemulangan Produk?

Produk tidak sama dengan kod tempahan yang dibuat iaitu kod produk, saiz , produk rosak dari segi jahitan, koyak dan kotor serta kuantiti produk tidak sama dengan tempahan.

Return Form

Bagaimana Jika Produk Mengalami Kerosakan?

Anda boleh mengisi borang pemulangan barang dan pihak Auladi akan membuat semakan dahulu, samada menggantikan dengan baru yang sama nilai (jika kesilapan Auladi) atau menolak pemohonan (jika kesilapan stokis).

Return Form

Bagaimana Jika Produk Yang Diterima Tidak Sama Seperti Tempahan Dibuat?

Anda boleh mengisi borang pemulangan barang dan pihak Auladi akan membuat semakan dahulu, samada menggantikan dengan baru yang sama nilai (jika kesilapan Auladi) atau menolak pemohonan (jika kesilapan stokis).

Adakah Khidmat Kurier Disediakan?

Ya disediakan tetapi kos ditanggung oleh stokis.

Bagaimana Cara Pembayaran Boleh Dibuat?

Semua pembayaran adalah tunai dan bayaran ke Maybank Auladi Apparel yang bernombor akaun 562263511688 

Bagaimana Pula Dengan Syarat Bayaran?

Auladi memerlukan deposit 50% untuk proses tempahan dan baki 50% semasa mengambil produk. Bagi yang mengunakan khidmat kurier, baki 50% serta bayaran kurier mesti dijelaskan sebelum produk di hantar.

Bila Tempahan Produk Boleh Dibuat?

Selepas membuat pembelian borong pertama di website kami, anda boleh terus membuat pembelian.

Apakah Syarat Menjadi Stokis Auladi?

Mudah sahaja, hanya perlu mengambil produk borong minimum 60 helai dan maksimum hanya 3 produk.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Menjadi Stokis?

Buat pembelian pertama dengan menggunakan sistem add to cart di website Auladi

Adakah Auladi Hanya Mengeluarkan Produk Kanak-Kanak?

Ya, produk yang dikeluarkan bersaiz kanak-kanak 6 bulan ke 12 tahun.

Apakah Produk Auladi?

Produk keluaran Auladi yang paling laris adalah baju melayu cotton tshirt selain itu baju kurung, peplum ,dress, blouse, jubah dan telekung.

Perancangan jangka masa panjang Auladi ialah mengeluarkan produk keperluan sepanjang musim khas bagi kanak-kanak.

Bagaimana Saya Mahu Menghubungi Auladi?

Segala pertanyaan boleh terus ke email hello@auladi.com.my atau hubungi pejabat di talian 03 -89571663 (Isnin -Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang)

Di Manakah Kilang Auladi?

Kilang Auladi berada di

37 – 2 Blok D Jalan The Atmosphere 1

The Atmosphere

Bandar Putra Permai

43300 Seri Kembangan

Selangor

Siapa Auladi Apparel?

Sebuah syarikat yang mengeluarkan pakaian kanak-kanak yang telah berpengalaman selama 5 tahun.

Masih ada pertanyaan?

Isikan form di bawah.

Send questionclear